: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date

Thursday, April 13, 2017

Program Master bersama Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM


Assalam semua,

Terkini, Fakulti Pengurusan Maklumat ada menawarkan kursus-kursus pengajian peringkat Sarjana di kampus mereka yg terletak di UITM Puncak Perdana.

Kepada yang berminat, jom kita ramai-ramai mendaftar di peringkat Sarjana di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam untuk sesi kemasukan September 2017 akan dibuka pada 30 Mac sehingga 18 Mei 2017.

Program-program menarik yang ditawarkan dari Fakulti Pengajian Maklumat:

1. IM950 - Doctor of Philosophy (Information Management) (Research) (Mode: Full time & Part-Time) 2. IM750 - Master of Science (Information Management) (Research) (Mode: Full time & Part-Time)
3. IM770 - Master of Science in Information Management (Coursework) (Mode: Full time, Part-Time & FLP)
4. IM701 - Master of Science in Knowledge Management (Coursework) (Mode: Full time & Part-Time)
5. IM772 - Master in Library Science (Coursework) (Mode: Full time & Part-Time)
6. IM773 - Master of Science in Records and Documents Management (Coursework) (Mode: Full time & Part-Time)

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web FPM di http://fim.uitm.edu.my/en/
atau hubungi talian

03-7962 2126/2138/2122 atau 011-10022412





 Jom cepat-cepat daftar dengan FPM!!!


Monday, March 28, 2016

Umrah Mac 2016 :KLIA - Jeddah

Bismillah... Assalam semua,

lama rasanya x mengarut kat dalam blog ni.. sampai dah terlupa email ngan password... opsss...

Alhamdulillah 6 Mac 2016 yg lepas saya dan family telah selamat menunaikan umrah kami di kota Mekah Al-Mukarramah... ya Allah.. seronok nya x terkata... kami mendaftar dengan agensi Wira Saujana Travels & Tours kat area selayang ... bagus sgt agensi ni... harga pun berbaloi.. hotel pun dekat... yg tu nanti sy citer last2 eh...

Day 1

Kami semua berkumpul di KLIA jam 11 pagi sbb penerbangan ke Jeddah jam 3 ptg... sebelum tu ada taklimat ringkas dari pihak Wira Saujana untuk semua jemaah diorg... jemaah kali ni lebih kurang 59 orang semuanya...

 on the way nak ke KLIA.. anak2 masih pakai baju biasa jer lagi... thanks mak bnyk bntu urusan kami sblm kami pergi umrah..

 dengan nenek en.fizu and family makngah norbi... en. fizu x salin lg pakai ihram nya.. anak2 dah selesai dah...

 naufal & hayyan.. comel sgt anak-anak mummy pakai ihram nih.. alhamdulillah

 dalam pesawat.. dah nak berlepas.. sempat lg wefie antaq kat mak... 

 alhamdulillah... lepas 8 jam ++ naik pesawat dari KLIA, kami sampai jugak di airport Jeddah... 

 activity naufal & hayyan dalam pesawat... layan movie ngan main game je la kejer diorg... dah nak sampai baru masing2 ngantuk nak tdor... iyer la kan beza masa nya waktu makkah lewat 5 jam...

tgk tu ha.. sampai tercabut2 kain ihram diorg... hahahaha... mmg mencabar nak layan anak2 dalam pesawat ni.. ngan nak makan nye lah.. ngan nak tdor nye lah... ngan nak gi toilet nye lah... tapi kita ni kena bnyk bersabar jer lah ngan anak2 ni... ujian kecil sblm diberi ujian besar... in sya ALLAH...


Alhamdulillah... kami sampai airport jeddah ngam2 waktu isyak waktu jeddah la kan.. x kan waktu malaysia pulak... kihkihkih... isyak diorg jam 6.28ptg... lebih kurang 11.28 malam waktu malaysia.. tu yg anak2 dok ngantuk sgt2 tu.. masing2 nak tdor... sbbnya dlm pesawat tu x tdor sgt pun.. masing2 leka dok layan katun... mummy diorg jer tdor... hehehehe...





Monday, August 17, 2015

hayyan dan slugterra



Assalam semua,

ini lah dia kisah anak bujang sy yg no. 2 tu
dok ajak daddy main card slugtera
tp daddy jer asyik menang dpt point bnyk
tp yg si hayyan ni dok kalah semedang
sian kat dia
bila dah daddy jer menang, marah pulak si hayyan ni
dah tu dia pi pok pulak daddy nye
last2 dia blik nangis...

hahahah..

x sampai hati plak mak tgk dia nangis
ajak le dia main skali pdhal mak pun tgh bz gak time tu
nak buat mcm mana kan
anak punya psal sanggup aje... hahhahaaha
pujuk2 elok la pulak si hayyan ni main ngan mak kat tangga
pdhal bnyk kot ruang leh duduk lg
bantai la anak oiiiii.. janji awak bahagia kan

tp bila mak main ngan anak, sama jugak kesnya
mak jugak yg menang
anak menang pun ada la skali dua
tp sikit pun dia x marah x merajuk
sbb si hayyan ni selalu lebihkan mak dr daddy
anak lelaki mmg rapat ngan mak kan




Wednesday, July 1, 2015

Jubah Murah Keluaran Jenama Terkenal - ZALORA

Assalam,




Sekarang ni kalau kita pergi mana-mana, rata-rata dah ramai yang pakai jubah kan. Honestly saya tergolong dalam golongan itu. Sebabnya pakai jubah ni lebih selesa dari baju kurung yang ada “two piece” tu. Walaupun ramai jer yang tengok kalau pakai jubah tu panas, nak-nak pulak dengan cuaca kita kat Malaysia ni. Tapi saya rasa selesa mungkin sebab pemilihan fabrik dan “cutting” jubah yang sesuai dengan saya. 
Sebenarnya semua orang pun sesuai pakai jubah. Yang penting pandai pilih fabrik dan rekaan jubah tu.
Fabrik cotton contohnya, ia merupakan jenis fabrik yang menyerap peluh dan begitu juga dengan fabrik jenis chiffon yang lembut.

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya terpanggil untuk berkongsi bersama para pembaca mengenai beberapa koleksi jubah murah online keluaran jenama-jenama terkenal. Koleksi jubah murah ini semestinya diperbuat daripada fabrik yang berkualiti dan memberikan anda keselesaan yang berpanjang sepanjang pemakaian. Apa yang penting, dengan pemakaian jubah kita lebih senang dan selesa untuk solat di pagi Aidil Fitri.

Bella Ammara Jubah
Koleksi ni antara kegemaran saya sebabnya, potongan rekaan terkini dan warna yang menarik. Dan yang keduanya pula semestinya penggunaan fabrik yang amat berkualiti dan lembut.




 

ZAWARA
Jenama kedua pula adalah Zawara dimana koleksi jubah yang ditawarkan dijamin berbaloi untuk anda miliki. Potongan jubah yang boleh dikatakan ‘perfectly fit’ sesuai untuk digayakan oleh golongan muda khususnya.




 
 
 Emel X Liyana Jasmay
Jika tahun lepas Melinda Looi berkolaborasi bersama selebriti cantik Diana Danielle, tahun ini pula Melinda Looi kembali dengan rekaan jubah yang cukup chic hasil kolaborasi dengan pelakon yang berbakat besar, Liyana Jasmay. Rekaan ‘cutting’ yang menarik member impak tinggi pada si pemakai. Memang sesuai la utk sy yang rendah ni. Heheheh

Ada pelbagai lagi rekaan-rekaan menarik yang boleh kita perolehi di butik jubah online ni. Jangan lupa tau.. Nak cantik di Aidil Fitri jom la shoping online di Zalora. Ada banyak lagi diskaun untuk anda semua.

Nak Cantik.. Nak Lawa... Jom Z.A.L.O.R.A




Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker