: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

libresse besttttttttt

as-salam,

td singgap speedmart99
sebab nak cr barang penting
bnda ni memang wajib ada sebab
tiap2 bulan kita akan berjumpa
ecehhhhh...

korang pernah try libresse baru tak
eh... bg sy baru la kot
sebab sblm ni beli mcm biasa jer x de ape2

biasanya beli dabel pek sebab murah n jimat
tp td pg x der plak
so beli yg 6 keping sajo

 kwn baik yg selalu ada dlm bag... hahahahhahaha...

 sy suke pakai yg panjang mcm ni.. sebab klu heavy flow memang sgt2 selamat.. nak tdo golek2 pun selamat kompom x tembus... tp kali ni lg best sebab ada bau green tea odor control.. pure fresh uollsss... heheheheh...

plg penting kat surface pad ni ade corak munge2... terasa malu plak bila nak guna... wakakakakak... 
makin selesa la pki libresse ni... bau wangiiiiiiiiii ade munge-mungeeeeeeeeeeee... hehehehheh



*ini bukan iklan berbayar eh.. tp sj share info sebab sy sgt selesa guna libresse.. pastu senang nak cuci...


Friday, August 12, 2011

info : syarat wajib zakat

as-salam,
sempena bulan ramadhan ni, marilah kita sama2 berzakat... klu bulan2 lain pun blh jugak berzakat... drpd kena kejar ngan LHDN, lebih baik kita berzakat kan...

Assalaamualaikum Sila Pilih Hasniza,
Saya doakan semoga kehidupan harian Hasniza diberkati Allah hendaknya, Amin. Disini saya sediakan syarat-syarat wajib berzakat untuk Hasniza.


SYARAT WAJIB
Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat: 

1. IslamZakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. MerdekaHamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas). 

5. Cukup HaulCukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk BerniagaSyarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja


Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.


Firman Allah s.w.t dengan bermaksud :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

InsyaALLAH selepas ini saya akan emailkan kepada Hasniza info tentang PANDUAN MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN.


Sehingga jumpa lagi.
Wassalam

Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my | facebook : zakat.my

"Berzakat Menyucikan Harta & Jiwa"




sumber : sy dpt dari email yg dihantar terus oleh pusat pungutan zakat

Monday, August 8, 2011

info : pantang larang pesakit kanser

as-salam,

seorg kwn bertanya tentang B17.. vitamin untuk pesakit kanser.. ekceli me memang x tau pun pasal B17 tu... sebab arwah abah buat rawatan kat hospital kan.. tp bnyk jugak supplement yg dia mkn.. macam2... dan mahal2 jugak... antaranya serbuk biji aprikot.. dan x sangka pulak B17 ni adalah vitamin berasaskan biji aprikot... nampak sgt vuduh n sengalnye me ni kan... bukan x nak amik tau.. tp, sedih dan kesian tgk abah bile dia nak mkn all those supplement tu... td gugel pasal B17 then jumpe blog nih... sila baca... bnyk info menarik... antaranya, le me paste here.. blh kita share sama2...

Pantang Larang Pemakanan Bagi Pengidap Kanser.

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

source : http://cancer-b17.blogspot.com/

Friday, June 17, 2011

Azan dan kebijaksanaan ALLAH S.W.T

as-salam,
untuk renungan bersama...

ADAB MENDENGAR AZAN



Allahu Akhbar!! 
 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya yang tidak Kita ketahui.
Coba Kita amati.. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.
Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba.
Maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami...
Amin.... amin.. amin Yarobbala'lamin...”
 

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah...
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan mengakui

'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
KeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .
Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Dzuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

 
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya ISLAM!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergegar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.
Allahu Akhbar! 


Sumber: email

Thursday, June 9, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?

as-salam,

sekadar perkongsian bersama...


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..



sumber : email

Friday, April 29, 2011

doa didik anak

as-salam,

untuk kita semua dalam melahirkan anak-anak yg berjaya dunia akhirat... insyaALLAH...



Tuesday, October 26, 2010

sy menangis kerana...

Penghuni bawah jambatan temui ibu

Oleh ANGELINA SINYANG

 Siti Faiza (kiri) tidak dapat menahan kesedihannya sebaik dipertemukan dengan Siti Rohani setelah enam tahun berpisah di Biro Aduan Komuniti UMNO di Kuala Lumpur, semalam. Turut menyaksikan pertemuan itu, Muhd. Khairun Aseh (kiri) dan Mohd. Razlan Mohamad Rafii (kanan).


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jika semalam sepasang suami isteri yang hidup merempat di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway di Sungai Besi di sini, boleh menarik nafas lega kerana dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru, hari ini mereka mendapat satu lagi berita gembira.
Ini kerana pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, bersama anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida dapat bertemu dengan keluarga setelah enam tahun berpisah.
Kisah kehidupan daif tiga beranak menumpang berteduh di bawah jambatan itu akhirnya diketahui oleh ibu Siti Faiza iaitu Siti Rohani Abdullah, 52, melalui akhbar dan siaran berita di televisyen pada awal pagi semalam.
Siti Rohani yang memang sudah lama mencari dan merindui Siti Faiza, terkejut apabila mengetahui kedaifan hidup anaknya itu lalu menghubungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh untuk membantu menemukan mereka.
Hasil kerjasama Biro Aduan Komuniti UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Siti Rohani yang tinggal di Segamat, Johor dapat dibawa ke pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini, untuk dipertemukan dengan keluarga Siti Faiza.
Pertemuan yang boleh dibaratkan sebagai 'jejak kasih' itu cukup mengejutkan Siti Faiza dan Hazmain kerana kedatangan Siti Rohani telah dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada pasangan tersebut.
Pertemuan pada pukul 3.55 petang itu berlangsung dalam suasana pilu kerana anak beranak terbabit masing-masing gagal menahan tangisan akibat berasa amat gembira dan bersyukur.
Tangisan Siti Faiza bertambah kuat apabila dimaklumkan oleh Siti Rohani bahawa bapanya, Abu Bakar Sulaiman sudah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira setahun lalu dan sampai ke akhir hayatnya Allahyarham asyik menyebut nama Siti Faiza dan hajatnya untuk bertemu anaknya itu.
Menurut Siti Rohani, dia terputus hubungan dengan Siti Faiza sejak enam tahun lalu iaitu sebaik sahaja anaknya berkahwin dengan Hazmain namun tidak pernah berputus asa berusaha menjejaki anaknya itu.
"Dalam tempoh enam tahun terpisah, saya bersama arwah suami tidak jemu-jemu mencari Siti Faiza termasuk bertanya kepada rakan-rakannya.
"Sedihnya semua usaha menjejaki anak keenam saya itu gagal sehinggalah saya menonton Buletin Pagi TV3 semalam yang menyiarkan kisah kehidupan daif Siti Faiza bersama suami dan anaknya di bawah jambatan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini.
Menurut Siti Rohani, dia akan membawa keluarga Siti Faiza kembali ke rumahnya di Segamat, Johor, untuk memulakan kehidupan baru dan sudah memaafkan semua kesalahan anak dan menantunya.
Sementara itu, Siti Faiza berkata, dia tidak menghubungi keluarganya selepas mendirikan rumah tangga kerana mengalami kesempitan hidup sehinggakan tiada wang untuk membeli tiket bas balik ke kampung atau menelefon ibu bapanya.
Hazmain turut mengiakan kata-kata Siti Faiza dan menyalahkan dirinya kerana kemiskinan mereka menjadi punca hubungan isteri dan keluarga mertuanya terputus.
Sementara itu, Muhd. Khairun memberitahu, dia menyerahkan kepada Siti Rohani untuk menentukan masa depan keluarga anaknya itu selepas ini.
"Hari ini, kita membawa Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan kanak-kanak ini mendapat jangkitan paru-paru yang kronik kerana tidak pernah mendapat suntikan imunisasi dan ubat-ubatan yang diperlukan selama ini.
"Oleh itu, Siti Norafida terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kita membenarkan nenek dan ibu bapanya membawa dia pulang ke Segamat selepas sihat," katanya sambil memberitahu Pergerakan Pemuda UMNO Segamat juga bersedia mencarikan pekerjaan yang sesuai untuk Hazmain di Segamat nanti. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Source: Utusan Malaysia Online


*menangis gembira sebab family dapat bersatu kembali dgn keluarga dia... menangis sedih sebab ayah siti faiza meninggal tanpa sempat jumpe anak n cucu nye... then, adik siti norafida x sihat... semoga mereka dilindungi ALLAH dunia akhirat... dan kembali hidup seperti manusia normal... aminnnn...
Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker