: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date
Showing posts with label info - albaghdadi. Show all posts
Showing posts with label info - albaghdadi. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

kelas al-baghdadi pertama sy

as-salam,


alhamdulillah... kelas al-baghdadi yg pertam telah pun sempurna pd 15/10 yg lepas... hiks... bulan lepas eh... tp kelas pertama tu diajar oleh ustazah kamariah... memang PIL hired dr al-baghdadi training centre terus... untuk hari pertama ALC bandar kinrara dah terima 16 org ahli kelab... kelas dibahagi pd waktu siang dan malam... sebabnya ada yg x blh join siang so diorg akan dtg waktu mlm... alhamdulillah... semua ok.. lancar...
ms mula2 kelas tu sy hanya membantu mana2 yang patut... sambil2 tu tgk cara mengajar...
so far, adik tudung biru tu la yg paling muda skali dlm kelab al-baghdadi nih.. umur adik ni baru 4 thn.. tp cepat jugak dia dpt tangkap ape yg kita ajarkan...
 ini pulak kelas pertama sy mengajar al-baghdadi... mula2 memang rasa mcm x confident nak mengajar.. lama2 alhamdulillah... syukur sgt2... rasa seronok bila student faham pengajaran kita tu... then communication yg bagus juga penting utk kita tau feedback diorang...
teknik al-baghdadi ni bukan hanya utk kanak2 je... utk org dewasa pun sesuai jugak... bg memperbaiki teknik bacaan al-quran mereka... teknik al-baghdadi ni akan diajar selama 3 bulan... diikuti dengan kelas tajwid dan seterusnya kelas talaqi... bagi sesiapa yg duduk sekitar puchong dan berminat mengikuti kelas al-baghdadi blh la hubungi terus 0122614953 (pn.hamidah) utk maklumat lanjut... kami berada di bandar kinrara puchong..



Thursday, October 6, 2011

Albaghdadi

as-salam,


korang pernah dgr tak pasal albaghdadi nih... ekceli albaghdadi ni adalah salah satu teknik mempelajari Al-Quran...


Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda;




“ Barangsiapa membaca satu huruf daripada

al-Quran maka baginya satu hasanah (pahala), dan hasanah itu digandakan sepuluh kali ganda, Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
-Riwayat Imam Termizi-


 "Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti." (link)


sebenarnya, bukan kanak2 jer yg blh belajar teknik ni.. tp org dewasa pun blh jugak... sebab teknik albaghdadi ni sgt2 seronok sebab ada alatan ketuk2... cuma klu kanak2 tu ada lebih skit dlm sylibus diorg tu.. sebab kanak2 ada playtime... ms playtime ni kanak2 akan didedahkan dgn huruf2 hija'yah (basic - sebab ade budak2 yg x tau bc alif ba ta...).. sambil2 tu diorg leh main n sebut huruf2 tu dengan alat ketuk2... teknik albaghdadi ni mengajar kita cara sebutan panjang pendek yg betul...



*nanti me akan citer kan lg pasal Albaghdadi ni...


*klu ada sesiapa yg duduk area bandar kinrara, blh la dtg mlm ni selepas isya' utk dptkan info lanjut berkenaan albaghdadi.


Albaghdadi Learning Centre, no. 44, jln BK4/1J, BK4, puchong... dekat ngan petronas.. btul2 kat corner main road...



Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker