: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date

Tuesday, November 25, 2008

sayangi dan ciumi lah anak kita...

salam sumer,

me dpt email ni dr one of my fren.. puan ari... dia pun tgh peknen skang nih.. alhamdulillah.. semoga dilindungi diri dan kandungannya itu...

jom la kita sama2 hayatinya...

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap
ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah
500 darjat. Syurga itu ialah sebuah
kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


*mesti semua sayang kan anak2 kan... dan secara lansungnya, kita tetap akan cium dan peluk anak kita setiap hari w/pun hanya sekali shj.. itu sudah memadai dr kita lansung x beri perhatian pada mereka.. btul tak...



naufal, mummy and daddy sayang sangat kat naufal dunia dan akhirat...

6 comments:

A I said...

waaaaaaaaaaaaaaaah, banyaknyer pahala, tak terkiranyer cium airell!hihihihihi

Anonymous said...

hehehe..al-hamdulillah senang je kite nak buat pahalakan???

Anonymous said...

aku belum ada anak lagi....so skrg ni kena cium suami je la dulu...hahahaha

semoga bila anak2 dah besar,diorang dpt bahagiakan parents diorang plak...

nifalnin... said...

ai - btul tu.. klu nak dihitung dah tak terkira pahala kite ni kan.. dok cium anak n jg anak n suami siang mlm pun dah dpt pahala... alhamdulillah...

suhana - yups... memang senang nak buat pahala...

sulie - x per2... memule tu memang le kena cium suami.. lamer2 kompem dpt cium anak plak.. huhuu...

mar!ahaf!z said...

awak keen tag ye..

cant get enuff of cium-ing my son!!

nifalnin... said...

baik pn maria...
nanti bile2 free sy buat ekk...
btul lar.. klu cium anak nih memang x pernah cukup n x puas2...

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker