as-SALAM...
bila mata ini melihat dia
aku jadi sayu
aku jadi pilu
tapi aku gembira
aku bahagia
aku terpana
mengalir hangat air mataku
mengalir hangat air mataku
kenapa perasaan ini hadir kala melihat dia
terima kasih ALLAH
kerana KAU dia berubah
kerana KAU dia kembali sujud pada-MU
menyembah diri pada yang KHALIQ
menyuci diri yg hina
menghayati bait-bait indah ayat-ayat-Mu ALLAH
terima kasih ALLAH
dia kembali padaku
dia jujur padaku
dia ikhlas padaku
dan
dia mendoakan aku
terima kasih ALLAH
kerana perkenankan doa-doa kami
sesungguhnya YA RAHMAN... YA RAHIM
aku amat bahagia kini
kekalkan lah kami begini.. selamanya...
hingga ke hujung nyawa
sesungguhnya aku bersyukur pada mu ALLAH
terima kasih ALLAH...
terima kasih ALLAH
kerana perkenankan doa-doa kami
sesungguhnya YA RAHMAN... YA RAHIM
aku amat bahagia kini
kekalkan lah kami begini.. selamanya...
hingga ke hujung nyawa
sesungguhnya aku bersyukur pada mu ALLAH
terima kasih ALLAH...
1 comment:
Subhanallah....
Post a Comment