: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date

Friday, August 12, 2011

info : syarat wajib zakat

as-salam,
sempena bulan ramadhan ni, marilah kita sama2 berzakat... klu bulan2 lain pun blh jugak berzakat... drpd kena kejar ngan LHDN, lebih baik kita berzakat kan...

Assalaamualaikum Sila Pilih Hasniza,
Saya doakan semoga kehidupan harian Hasniza diberkati Allah hendaknya, Amin. Disini saya sediakan syarat-syarat wajib berzakat untuk Hasniza.


SYARAT WAJIB
Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat: 

1. IslamZakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. MerdekaHamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas). 

5. Cukup HaulCukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk BerniagaSyarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja


Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.


Firman Allah s.w.t dengan bermaksud :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

InsyaALLAH selepas ini saya akan emailkan kepada Hasniza info tentang PANDUAN MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN.


Sehingga jumpa lagi.
Wassalam

Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my | facebook : zakat.my

"Berzakat Menyucikan Harta & Jiwa"




sumber : sy dpt dari email yg dihantar terus oleh pusat pungutan zakat

1 comment:

acha said...

aku dh bayaq pada 11 ogos yang lalu...

selamat

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker