: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date

Friday, April 29, 2011

doa didik anak

as-salam,

untuk kita semua dalam melahirkan anak-anak yg berjaya dunia akhirat... insyaALLAH...



banjir

as-salam,


pg ni hujan lebat sgt2.. tp, x selebat hujan mcm hr rabu lepas... lgggggggg lebat... eh, mesti ade yg kate umah diorg x hujan kan... ok lah... me duduk kat puchong area pulau meranti... nak tepat lg kat taman kipark sebelah hostel limkokwing... so, kat situ memang ade satu tu je jln kuar masuknye... actually ade 2 side (mcm biasa tu) tp disebabkan ade project mega LKIM so, jln satu tu rosak... nak x nak kena guna jln yg ada tu jer... dah la ngan lori kuar-masuk... bas lg... then kereta-motor-sumer-ade... jln yg ade skang ni pun dah berlopak2... sakit hati weh... ntah bile nak siap... ops, tersasar sudah nih...
klu nak tau, kat jln masuk ni pun ade anak sungai tau.. alar, anak sungai besar mane la kan.. tu sebabnye tiap kali hujan lebat mesti akan banjir... sebab, air2 longkang sumer disalur ke anak sungai tu... kesian anak sungai tu kan... dah la sistem perparitan pun x semenggah...
rabu lps lg best... siap nampak ikan melompat2 lg dlm air banjir tu... hehehhhe... nasib baik x bwk sauk... klu x selamat dah ikan tu me sauk buat lauk... eeeeeeeeeeee.......... lalu ke nak makan... hiks.... itupun pukul 8 baru blh lalu kat situ but still hujan... pg ni pun sama... banjir lagi.. dan lambat lagi... kesudahannye me sakit hati... sebabnye, klu kite lambat sampai opis kang ade je mulut2 puake bising2 kat blakang... urmmmm.... dah itu jer nak citer...

Thursday, April 28, 2011

kembali semula

as-salam


me dah kembali semula ke opish... best jugak la rasenye dpt dok kat bilik sndr nih... yeay... dah x yah nak ulang alik pi kl lg dah... x payah nak harung jam berkilo2 meter tu... yg penting.. kaki x cramp lg... sebab, dah x payah nak harung jam.... pdhal 3 hr jer pun.... muahahahhah... nanti me update yer pasal conference kat PNM tu....

Monday, April 25, 2011

IFLA

as-salam,


tuan rumah x der... join conference kat PNM dr 25-27/ Apr... hurmmm.... klu sudi, singgah2 la yer.... klu sempat nanti me update...


Friday, April 22, 2011

luahan hati...

sayu...
pilu hati ini bila melihat kau bersama si dia
sambil tersenyum manja
melangkah pergi meninggalkan aku
kau bahagia... aku....

masih lg aku teringat
saat kita berdua
sentiasa bersama.. gembira... bahagia
bagai tiada duka dalam hubungan kita
kau dan aku sama
erat, teguh, sehati....

kini.. kau pergi meninggalkan aku
bersama teman yg baru kau temu
burukkah aku pd matamu
bahagiakah kau bersama yang baru
owh... semoga kau terus bahagia

hanya satu kupinta
jgn kau lupa diriku...
yang pernah bersama mu dulu...


Thursday, April 21, 2011

bila dah malas

as-salam,


hurmmm... agak2 klu malas boleh tak pi surau nak tdo man 5-15 minit... ehheheheh... x tau la knp hr ni mcm malas sgt nak dtg kejer (pdhal memang malas pun) hiks.. yg buat jd mls pun ade gak.. mane x nye, dr td dok transfer file kat server ni still mcm tu jugak.. dok la kena refresh bnyk2 kali... hoih... ok lah... dah name pun mls kan.. so, kena tunggu rajin blik la baru bleh hapdet blog... skang ni nak buat2 rajin nak pi sambung kejer balik...

Wednesday, April 20, 2011

makan pun x rase ape

as-salam,


begitula tuan rumah skang.. mkn ape pun x rase... mkn pg td pun siap pi hantar kat cik tong... huhuhhuu... mkn nasik tghr td pun sikit jer.. ade la dlm 2 sudu... mcm x percaya jer... tp, sila lah percaya... tuan rumah batuk2 bagai nak pecah paler... doakan tuan rumah cepat sembuh dan kembali bertenaga ye...

lara hati

favvy song... dulu, kini, mungkin sampai bila2....



enjoy...

Tuesday, April 19, 2011

hantaran al-quran

as-salam,

untuk renungan kita bersama...



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan.. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
 
 read dis..
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk..

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__

sumber : email

munchys

as-salam,



budak berdua ni memang suke sgt mkn biskut... klu nasik x der pun x per.. janji biskut ngan roti ade... heheheh... dorg ni x kisah pun biskut ape tp klu ade biskut munchys ni kira bonus la kan... so, stock biskut ni mesti kena ade.. pg2 b4 pi skool me akan bekalkan hayyan n naufal sorg satu... yg senang nye, biskut munchys ni dah siap2 pack kecik2... so, memang senang... amik satu pack siap2 n masuk jer dlm bag masing2... satu lg, kuantiti dlm pack kecik tu pun x bnyk... so, x membazir... skali bukak memang akan habis dorg makan... x manis n ade fiber... bagus utk sistem perut... utk saper2 yg berdiet pun elok mkn biskut munchys nih...
 breakfast munchys... nyum2....

 makan munchys dengan air milo memang sedap...

 abang, adik nak satu.. adik punye nak simpan utk lunch nanti....

 mummy, nanti adik nak lima munchys... adik nak kasik kwn2 adik.. buleh kan mummy....

imam muda kah...

as-salam,


jom la layan naufal al-hafiz dan hayyan al-hafiz bersolat ngan opah... hehehehhe




semoga menjadi anak yg cemerlang, terbilang dan berjaya dunia akhirat... aminnnn....

Monday, April 18, 2011

mikhail

as-salam,


ade satu lg novel RAM yg me x sempat baca sampai habis... masih lg thriller novel... masalahnye bukan x sempat... ade je masa nak baca... me dpt bc dlm 2-3 chapter then terlelap... hahahha... x pun, stop jap buat susu anak2.. last2 terus lupe... skang ni nak habeskan dulu sembilan nyawa.. then baru continue ngan  mikhail plak...


Mikhail: Bila Si Pemburu Menjadi Mangsa Siapa yang Membaham Siapa?

MIKHAILbukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!


ISBN: 9789831244326
Price: RM 19.90

naufal achievement

as-salam,



alhamdulillah... sabtu lps ade sesi meet parents day kat little caliphs tmpat naufal study... mule2 mcm takut jer nak pergi kan.. sebabnye, me tau naufal ni mcm mane... hiks.. mcm x sanggup nak dgr pun ade jugak... dah la kerap x dtg skolah... tp, bukan la sebab ponteng or sengaja x dtg kan... semua nya bersebab... asthma la... chicken pox la.. then asthma lg... hurmmm... kesian sgt2 kat budak tu... ingat lg ms 2 minggu lps dia cuti panjang sebab CP, cikgu dia bgtau naufal dok tdor jer ms dlm class... penat jer dia... dtg skolah bgtau teacher dia ngantuk.. nak tdo n x nak buat kejer skolah... owh... sedih sgt2 ms tu sebab mcm.. alahai anak.. kenapa la kamu nak tdor jer... jd la anak yg rajin skit... nak tdor tunggu la blik umah... then... seminggu lps tu, alhamdulillah... teacher dia kata naufal dah back to normal again... aminnn... alhamdulillah... seronok sgt2 bile dgr...


then, sabtu tu me n en. fizu pun pg lar skolah naufal... mule2 tu smntra dok tunggu turn, kami borak2 la ngan teacher lain... then, pengetua naufal yg comel n mude dtg jumpe kitorg... dia tanya naufal kat rumah mcm mane... so, me pun jwb la mcm biasa jer.. active n melasak... ade jer activity dia sepanjang ms dia berjg if x tdor la.... then, priciple dia tanye lg... naufal ni rajin bc buku ke kat rumah... me kata x jugak.. ikut mood dia... klu kite ajar pun kekadang susah gak dia nak follow... dia nak ikut sedap dia jer... then principal tu senyum jer... dia kata naufal antara murid yg paling cepat membaca... utk umur 4 thn... me mcm x percaya la kan.. sebab tgk dia bnyk main.. then principal kata lg naufal cepat kenal huruf n cepat ingat... seolah2 otak dia menghafal ape yg teacher ajar.... even dia blh ingat n tunjuk semua nama kwn2 dia n kwn2 dr class 5 n 6 yrs kat board...  alhamdulillah...

then turn kitorg sampai... jumpe teacher maziah... alhamdulillah... semua tentang naufal adalah positive... klu reading skills n mathematics skills naufal plg tinggi markah dia utk 4 yrs students... tp klu menulis n mewarna, dia kurang skit... yg tu me memang tau sgt2 dah... heheheheh... dia memang kurang skit klu bab2 colouring niih... menulis pun kejap jer pegang pencil... tp klu bc buku or tgk tv memang no.1.... teacher maziah pun kata even naufal dok main2 n x dok diam dlm class tp dia cepat catch-up ape yg teacher ajar kan... if teacher terlupa satu2 doa tu, then naufal akan ingatkan... teacher kata naufal bnyk membantu dlm mengingat n mengajar kwn2 yg lain and also his teacher... alhamdulillah...

if naufal x der dlm class nanti classroom tu sunyi jer... klu naufal ade, dia akan meriuhkan suasana class tu... alhamdulillah... semoga naufal akan terus bijak n cepat membaca... nanti mummy tolong naufal perbaiki kekurang yg ade tu ya sayang... mummy harap abang terus belajar n dengar ckp2 teacher... adik, mummy n daddy sayang abang dunia akhirat... semoga ALLAH beri kejayaan dunia akhirat buat anak2 mummy n daddy... aminnnnn....





*untuk dijadikan kenangan buat Naufal Hyecarl bile dia dah besar nanti... supaya dia tahu yg pendidikan itu penting utk diri sndr di masa hadapan...
*principal Afni terpaksa tengok citer hantu kak limah balik rumah sebab naufal hari2 dok promo citer tu kat skolah dia... heheheheh.... kite bakor jer... sambil lambai2 kan tangan... heheheheh...

tomyam

as-salam,


huhuhuu... bukan tomyam yg slalu makan ngan nasik tu yer.. tp maggie tomyam... dah la smlm x dinner sebab nak diet x sempat... so, pg ni ingatkan nak singgah la beli nasi lemak.. last2 hape pun tarak.. hujan katanye kan... nasib baik dah siap2 stok maggie kat dlm henbeg... hahahhah... so, belasah jer la...

me ske maggie tomyam nih... masam2 pedas kan... sat2 td dah habes makan sepeket maggie tomyam nih... burppp.... kenyang... korang plak mkn ape pg nih...




*dah lame x mkn maggie nih... dulu2 ms zaman2 ngaji memang slalu la dok hadap maggie jer.. agak2 mls or x sempat nak gi dining, kompom serbu maggie kat dalam gobok... wakakakakak.... tp yg menjadi kegilaan dulu meehun sup pama... sedap wehhh... patah2 kan cili padi plak tu... hahahhha... tp x baik utk kesihatan kan....

Friday, April 15, 2011

lemau

as-salam,

hr ni terasa kelemauan yg teramat... sebab dok selsema-batuk-demam yg x kebah2 lg... disebabkan lemau jugak pg td me masuk opis lambat.. x tau la lambat baper minit... yg penting memang lambat... huhuhuuu... mlm td, hayyan dok batuk2 pakej skali ngan muntah... owh.. kesian budak kecik tu... biase nye dia jarang muntah klu batuk2 nih... maybe smlm agak teruk jugak kot... naufal mcm biase... batuk2 jugak... lelah dia on-off... risau gak hati nih... pg td me bgn standard pkul 5... tgk2 naufal tdor terbolen 1/2 naked... ops... ni mesti kes pi toilet x kejut mummy... or dah kejut tp mummy tdo m*ti... sorry sayang... heheheheheh... 2-3 kali jugak la kejadian yg sama berulang... heheheheheh... naufal memang jenis yg x nak pkai seluar sndr.. ms kecik2 kemain nak pki suar sndr.. bile dah besar... phuiiiii... sabar ye mummy... hiks... sbgai mummy yg baik hati, me sarungkan la anak bujang me tu seluar tdo dia... hehehhehhe....


yg ni plak kisah hayyan subuh td... owh.. time tu me nak solat subuh.. dia pun sama gak la... mule2 dia dah siap2 bukak suar nak pi mandi... bile tgk me sarung telekung, dia pun sama sibuk pi amik bllik suar dia n pki... ye.. hayyan pandai pki suar sndr... bagus anak mummy menutup aurat sebab nak solat... hehehheh... so, dia pun sama la dok follow mummy solat... yg x thn nye, mulut dia pun siap sok sek sok sek dok ikut sound mummy solat... wakakakkkak... bertuah punye anak... semoga naufal n hayyan menjadi anak yg berjaya dunia akhirat... dan diberikan ALLAH kesihatan yg berpanjangan....

Thursday, April 14, 2011

dah lame x guna

as-salam,


heheheheh... sebenarnye bukan dah lame.. tp jarang2... heheheh... bukan nak citer ape pun.. just citer kisah gigi jer... heheheheh... dulu kan me ade cabut gigi geraham kat side kiri ni, so bile nak mengunyah tu rase mcm kosong je kan... hahahah... kata dah rongak.. tu yg bnyk guna khidmat gigi side kanan nih... tp nye, gigi side kanan ni plak klu tergigit bnda sejuk plak mule la nak rase ngilu2... huhuhu... since last wk lidah kena ulser plak... lg la tu kena kat side kiri jugak... makin pedih n sakit le jwbnye.. pastu, selalu jer tergigit2 kat tmpt luke tu kan... uhuhuhuhu... x shuke tau.... so, skang ni agak susah skit nak mkn... kena mkn yg lite2 jer la pun... huhuuhuhu... harap2 la dpt turun 2 kilo seminggu... jd la kan... hukhukhukhuk....

sembilan nyawa

as-salam,


novel ni dah lame released.. tahun lps lg dah kuarnye.. tp x sempat2 nak bc.. dah naik lunyai dah pun... hehehehehh... me beli... x lar... en.fizu yg beli sebab dia ske bc novel2 cenggini... me, tumpang bc jer la... dulu ske gak beli buku2 citer nih... since dah kawen plus ade anak skali so penyakit M tibe2 muncul... hehehehhe... dok bc buku ni sampai tertangguh-tangguh.. dok merap jer la kat dlm henbeg tu...


-intan suryani-
berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mngundang trauma. sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku

-hakim-
si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggung jawab. hatinya sungguh luhur. sesiapa sahaja akan terusik melihat keikhlasannya. anugerah TUHAN... mata hatinya lebih 'celik'. dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati.

mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?




price: RM19.90
ISBN: 9789831244876





*nak cepat2 habiskan citer nih... dah mls nak simpan lama2... 

Wednesday, April 13, 2011

sakit lg

as-salam,

smlm tuan umah mc.. sebab naufal x sihat skali ngan tuan tanah pun demam, batuk, selsema bagai... hr ni pun stil lg batuk2 sakit tekak... huk huk huk... lg kesian klu tgk naufal... kencang sgt2 nafas dia.. ngan dada berombak pastu batuk lg... kesian sgt2... tp, masalah nye si naufal nih klu org suh dok diam dia x nak.. nak jugak dok lari sane-sini... dah la semput boleh plak dia pi main bola...bile tegur kang start la nak mencengeng... klu dah nangis kompom la selsema kan... haishhhh... dugaan btul tau... pg smlm bwk dia pi klinik amik neb ngan ubat... tp tgk mcm x ok lg... doktor pun kate lung dia still sempit lg... so, tghr tu terus pi hospital putrajaya... singgah umah sebab nak buat susu n amik brg ape2 yg patut manatau kan kena check-in spital plak ke... nauzubillah... mcm biasa, sampai2 jer terus masuk ke emergency amik neb... 2 kali gak la amik neb then doktor kata blh balik tp kena pantau jugak keadaan naufal... continue ngan ubat segala...

saper2 yg ade anak asthma memang tau la benda ni... sebab naufal kan budak2 lg... so, dia kena pki aero chamber tu as connector with the inhaler merah n biru tu...

naufal kena pki 2 jenis inhalers nih... yg kaler biru tu Ventolin, dia kena pki 4 jam 2 kali puff then akan reduce kan bile nafas dia dah ok... yg merah tu, budesonite... naufal kena amik 12 jam 2 kali puff jugak... cuma yg biru tu klu naufal dah btul2 ok ngan breathing dia, baru blh stop... if klu dia nak main2 or active sgt2 ke kan, dia kena amik bnda tu... takut nanti tibe2 ms main dia semput plak... haishhh....



*mlm td rase bdn dia panas... so, bg mkn ubat demam, ubat batuk + kahak n ubat asthma... td me col pengasuh, dia kata naufal muntah2 tp skang ni dia tgh tdo... sebab smlm lansung x mkn ape2... minum susu je la kejer nye itupun sikit2 jer... ya ALLAH, lindungilah anakku dunia akhirat... sembuh kan lah penyakitnya ya ALLAH....

Monday, April 11, 2011

saya dah.. korang bile lg

as-salam,



hehehheh... nama jer dah.. tp merasa nye belum... hehehehe... iye le... me dah register kat sini... sebab teruja kan tgk org ni ngan org tu leh guna pakai sampai seminggu kate nye... huhuhuhuh... jom le ramai2 pakat try.. mane tau.. cube nasib kan... untung2 dapat le bwk free seminggu... heheheheh... kot2 la dpt kan, blh le me bwk pi penang bulan 6 ni nanti... insyaALLAH.... aminnnnnnnnnnnnnn.... doa2 kan la ye... hehehheh...

rayyan fantasi

as-salam,



nak citer skit pasal novel karya Ramlee Awang Murshid yg terbaru... Rayyan Fantasi... memang best.. sedih pun ade... pelik pun ade gak.. tp, biasa la kan.. siapa x kenal ngan RAM nih.. sumer novel2 dia pun ade unsur2 pelik yg ada masanya x dpt diterima akal.. tp, dah nama pun novel kan... tp, me salute ngan RAM cause daya imaginasi dia sgt tinggi dlm menghasilkan novel2 mcm nih... memang x sia2 klu korang bc novel nih...


Sinopsis Rayyan Fantasi

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

apa yang terfikir…itu ada!

 
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-615-3

Thursday, April 7, 2011

smart kids

as-salam,



jom pg ramai2 nak tak... tp kena register dulu... klik kat sini klu nak register + leh dpt free gift skali... sesuai utk parents yg pentingkan pendidikan awal utk anak2 mereka... me dah register....

Wednesday, April 6, 2011

ops...

as-salam,


layan kan je la eh... sebab balik kejer terus susup sasap dok prepare nak kelentang kelentung kat dapur...


 atas plate... kamben, coleslaw n kentang penyek... hehehhe...

atas grill pan... kamben... kite bakor dia.... 
grill pan berkerak... hurmmm.... nasib x melekat kerak2 tu...
 
kesimpulannya... makan kamben memang sedap.. tp, thn je la umah pun same naik ngan bau kamben kite bakor dia.... hiks....

kosong


senak hati menahan luka
sekian lama terpendam menyesakkan dada
perlukan aku luahkan segalanya
tp... pada siapa???
percayakah aku pada mereka
sanggupkah mereka rasa bersama
kesakitan.. kepedihan... kecelaruan..
yang aku tanggung kini


sampai masanya
akan ku khabarkan juga
moga mereka fahami pendirian diri


maafkan aku 
kawan.....




Tuesday, April 5, 2011

doa perlindungan untuk anak

as-salam,


Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Source: http://doaharian.blogspot.com/2007/03/doa-perlindungan-untuk-anak.html

x der niat pun

as-salam,



opsss.... maaf lah yer... awak terasa ke????..... sy x der niat pun nak ckp mcm tu.. ape tah lg dok menjaja... rasenye, semua org pun tahu kot sebab awak pun pernah cerita... cer crite.. cer crite.... hahahhaha... x per lah... klu awak terasa, sy mintak maaf yer... tp, jgn suke2 petik nama sy... fitnah tu kan berdosa... owh lupe... kem salam pd si pembawa cerita... katakan padanya, sy dah maafkan dia dunia akhirat.... insyaALLAH....





*sy pun pernah terasa... tp sy anggap itu cuma perkara biasa... lumrah kehidupan katanya... hiks.... xoxo...

doa adik kepada abangnya...

as-salam,


sebahagian dr lambang kasih sayang hayyan pd abang nya naufal...


Ya ALLAH... berikanlah kesabaran dan ketenangan buat abangku NAUFAL... jdkan lah abangku seorang pembimbing di dunia dan akhirat... kekalkan lah hubungan kami sehingga akhir hayat kami...sesungguhnya sy amat sayanggggggggggggggggggggg kat abang sy nih... w/pun sy selalu je kena buli ngan abang tp sy tetap sayang kat abang... semoga abang sy berjaya dan menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat.. nanti abang boleh jg saya... sayanggggggggggggggggg abang....

Monday, April 4, 2011

rase sgt comel bila...

as-salam,


sambut besday same2... hiks... w/pun dah masuk april.. tp, kami tetap diraikan.. wahhhhhhhhhh....

 thanks to mak ngah norby & co. for preparing the good food, cake etc

 happy belated bufday to us... and kids too... heheheheh.. those 2 little boys represent me to blow the candle... naufal sgt2 xcited... heheheh... roy (my BIL)... hahahhha.. the only one yg pandang camera... wakakakakakk

w/pun umur dah banyak tp me masih terasa mude belie.... heheheheheh.... semoga ALLAH panjang umur me, murahkan rezeki dunia akhirat dan semoga ALLAH permudahkan perjalanan hidup me dunia dan juga akhirat... aminnnn...

pestaim terai

as-salam,



slalu dok tgk org mkn.. nampak sedap jer.. huhuhuhu.. so, kirim la kat kwn seopis ni belikan skali kan.. pestaim terai la nih... beli kat sushi king jer... tp katanya klu kat midvalley lg sedap... ade fich flakes bagai.. yg kosong je hah... haish...



takoyaki... klu sushi me ok lg la kan... tp klu bnda ni mungkin take time kot nak kasik tekak ni serasi... huhuu.. loya kejap tekak me... pusing kepala... hahahhahaah....

bile dah lapor

minum teh o panas di duetkan pulak ngan maggie tomyam
pun sedap jugak kan..







ok lah...
nak pi mkn maggie tomyam dok rendam dlm tupperware je
hiks
satgi kang kembang plak dia

Friday, April 1, 2011

politik kotor

as-salam,



dulu... ms zaman skolah me suke sgt2 pasal politik... suke sebab tgk politician2 ni mcm ok je.. x der la nak porak peranda.. x der la dok jatuhkan org sane sini secara melapau... mcm balance la kan both side kerajaan n pembangkang... tp, scenario tu sumer dah berubah... mungkin dulu pun mcm x ok tp x der la sampai org yg dah x der pun dorg dok ungkit2 lg psl kisah org tu... agak2 la kan.. tau la korang ni sumer politician... jgn la nak jatuhkan org tu secara melampau yg berlebih-lebihan... fikir la skit... klu korang buat mcm nih.. kuarkan mcm2 citer hal org lain.. then, create pulak citer mengarut sumer nih... meluat jugak kitorg nak membaca nye... itu baru local... yg international observer plak mcm mane.. x malu eh korang2 nih...







dah nak ckp itu jer... sebab rase mcm makin melaupau jer dorg nih... ops... me x menangkan sesiapa n x pulak sokong sesiapa... tp, me dah start mengundi dr umur me 21 thn lg.... hiks... yg pasti, undi adalah rahsia...
Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker