: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Monday, April 11, 2011

rayyan fantasi

as-salam,



nak citer skit pasal novel karya Ramlee Awang Murshid yg terbaru... Rayyan Fantasi... memang best.. sedih pun ade... pelik pun ade gak.. tp, biasa la kan.. siapa x kenal ngan RAM nih.. sumer novel2 dia pun ade unsur2 pelik yg ada masanya x dpt diterima akal.. tp, dah nama pun novel kan... tp, me salute ngan RAM cause daya imaginasi dia sgt tinggi dlm menghasilkan novel2 mcm nih... memang x sia2 klu korang bc novel nih...


Sinopsis Rayyan Fantasi

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

apa yang terfikir…itu ada!

 
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-615-3

2 comments:

Mimpi Fantasi II said...

sambil makan sambil buat review buku nampaknya.

ada nama anak dia rupanya.
hehehehee

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

aku tak prnh beli novel RAM nih sebab takut ..heh..heh... byk saspens dan thriller dlm kebanykan novel dia ..