: : jom jadi kawan2 sy jom : :

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Due Date

Friday, January 28, 2011

kisah culik di nursery ::UPDATE::

UPDATE: 

Sue Jeffry wrote: "Huhu.. dpt rumours lain yg kata mak budak tu yg bwk lari sbb dh dvorce ngan laki dia.. huhu"

Source: Facebook

salam sumer,


td bukak FB... huh... terkejut jap sebab budak umur setahun kena culik dr nursery... dr info kata sumwer area kajang... n penculik tu dah dijumpai with 15k money after sold budak tu kat org cina... nauzubillah... sumber ni me dpt dr FB kwn... nak lebih lanjut blh bc n3 epalhijau ni...

"sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi putih bernombor WUS948 dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung sila hubungi rashid 0196267828. Suspek telah melarikan anak pompuan beliau berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi."

dalam pd tu kite still boleh peratikan lg plat keter tu kan...


*me terus col bbsitter anak2 suh alert ngan benda2 mcm nih... mintak dijauhkan dr malapetaka mcm niih... sebab skang ni macam2 boleh jd sebab duit... x pikir ke perasaan mak bapak budak tu mcm mane... darah daging weh... me pun klu x jumpe anak sekejap dah rase x tentu arah dah...

abg ngan daddy.. adik ngan mummy.. 2-2 pun anak mummy daddy...

salam sumer,

ini kisah mlm td yg bese2 jer... heheheh....

 mule2 layan adik dulu... sedap le kot dia tgk gambor makanan tu... heheheheh... org ngorder, dia pun sibuk nak ngoder skali... 

abg n daddy... dah tiga mlm tdo ngan daddy.. klu x, hr2 nak tdo ngan mummy jer... 

adik plak ngan mummy... sebab dok jerit2 nak kuar dr bbchair tu... kemain lebar lg sengih nye tu...

Thursday, January 27, 2011

disebabkan sy sangap yg hamat, jom kite layan video nih




*dgn ungkapan... biar pecah perut ... jgn pecah tv.. klu dah pecah sape nak ganti...

Wednesday, January 26, 2011

berita baik buat suami di selangor dan berita buruk jugak buat isteri di selangor

Berita baik buat suami di Selangor




Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permoho
nan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.

Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Walau bagaimanapun bagi merealisasikan agenda poligami ini saya ingin berpesan kepada suami dan isteri.

Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.

Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.

Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.

Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.

Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak me
etinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.

Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Wahai isteri, kalau suami anda menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi, jangan bimbang tentang kasih sayang kepada anda akan berbelah bahagi. Sebenarnya, kasih sayang dia kepada anda tetapi 100 peratus jika selama ini memang dia sayang anda seratus peratus. Tetapi ingat, kalau selama ini dia hanya memberi kasih sayang kepada anda hanya 70 peratus, mungkin selepas anda meredai perkahwinannya dia akan memberi kasih sayang 100 peratus kepada anda pula.

Kasih sayang suami banyak bergantung kepada sejauhmana komitmen anda kepada suami anda. Jika anda memberi persembahan yang baik kepadanya, makan minum yang dihidangkan, budi bahasa, pergaulan yang menceriakan tentulah semua pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Jadi, kalau anda lihat suami seperti kurang sayang kepada anda, cek semulalah komitmen anda kepadanya. Mungkin ada kelompangan di sana sini.

Baiki kekurangan itu dengan segera, nescaya kasih suami akan bertambah semula.
Ingatlah wahai isteri, kalau pun suami anda ada empat orang isteri, kasih sayang suami anda tetap tidak berubah jika kometmen anda tidak berubah. Suami boleh beri 100peratus kasih sayang kepada semua isterinya tanpa mengurangi mana-mana pihak jika semuanya memberi kom
itmen yang terbaik kepadanya. Malah suami mahu dan mengharapkan setiap kali pertemuan dengan isterinya itulah malam pertamanya.

Bayangkan kalau suami balik ke rumah anda, dan hari ini anda anggap sebagai hari pertama anda berkahwin tentu mesranya amat tinggi. Kalau itu yang anda boleh lakukan pasti kasih sayang 100 peratus adalah milik anda. Kalau begitu kenapa hendak sekat dia berkahwin dengan wanita lain, bukankah dengan itu anda boleh membantu kaum sejenis anda mendapat kasih sayang daripada orang yang anda sayang. Bayangkan betapa besarnya pahala anda ketika itu sedangkan kasih sayang suami anda tetap sama.

Selain itu wahai isteri, anda perlu sedar kelemahan anda. Sewaktu anda hanya berdua dengan suami anda sayanginya 100 peratus, tetapi setelah ada anak seorang sayang anda kepada suami anda sudah berkurangan dan dilebihkan kepada anak. Layanan kepada suami sudah berkurangan dan suami kadangan terpaksa membawa diri. Bayangkan kalau anak suda
h sepuluh, tentu suami dilupakan langsung. Anda tidak boleh beri kasih sayang kepada suami anda 100 peratus seperti yang mampu diberi oleh suami anda walaupun ramai isteri.

Jika anda sedar kelemahan itu, ubahlah sikap segera. Berilah kom
itmen yang terbaik kepada suami jika anda sayang dan cinta kepadanya. Sesungguhnya suami anda seorang yang amat manja lalu dia hendak bermanja dengan anda dan dia mahu dimanjai. Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga. Wallahu aklam

kisah seram

salam sumer,



smlm me pergi wisma sunway kat kl nu... janji ngan org tu kol 7.30.. tp kitorg sampai lewat sebabnye x jumpe bngunan... even guna gps pun same gak.... huhuhh... sebab org tu kata cr wisma denmark.. padahal dah tukar nama... patut la guna gps pun x jumpe... gilo...


dah selesai sumer b4 balik tu me pi ladies jap... en.fizu masuk gent la kan... heheheheh... mule2 mcm seram nak masuk toilet dia sebab kat belah blakang kan.. tp x thn punye pasal.. terus je masuk... urmmm... masuk2 jer tetibe lampu terpasang sndr.. owh.. ok lar, maybe lampu tu ade sensor kan... tp yg x sedapnye, me dah langkah 2-3 tapak dlm toilet nih tetibe plak paip air tu bleh bukak katup sndr... kirenye mcm, kejap2 bukak then kejap2 tutup... apekah... ade sensor gak ke kepala paip tu... me tunggu la kejap dlm tu... dok tgk2 jap... last2, me mencicit kuar terus tunggu kat dpn... hahahha... rase nak terkucil td terus hilang... citer ngan en.fizu, dia kata biase la tu nak gurau2 senda kot... hohohohoho... gurau senda katanye...


blik tu singgah plak kat petrol station.. pun same gak... cha ya nun alip sorg tu masuk kemain lame lg... x tau la dia buat ape... pengsan kot sebab me x dgr bunyi ape2 pun... huhuuhuu... terpaksa la menahan lg... ingatkan otw nak ke tmpt mkn tu ade la lg PS.. skali x do plak... menahan la sampai blik umah... keras perut ku....

Monday, January 24, 2011

boleh x klu kamu diam sekejap

bukan nak kurang ajar.. tp, klu dah terlebih ajar pun susah jugak kan... konon, mcm la kamu tu bagus sgt... klu kamu rase dr kamu bagus pun... x perlu la nak ckp kuat2... melangit tinggi suara kamu itu... jelak tau... 

Friday, January 21, 2011

asthma lagi

salam sumer,

smlm kan cuti thaipusam.. tp kami x keman2 pun.. daddy je pi kejer w/pun cuti sebab ade bnyk kejer nak kena settlekan... then, mak col kata nak blik kg sebab lang my untie sakit.. lang tu memang sakit, tp skang ni dah bertambah2 lg sakitnya... jalan pun dah x baper kuat... hurmmm... my cousin pun x sihat jugak skang nih... 10kg berat dia turun mendadak gitu jer...

sbnrnye kan, me nak citer kisah naufal nih... hr rabu (b4 thaipusam tu) kat skolah dia ade outdoor activity.. so, memang wajib la pki sport attire... being naufal yg semput n asthma ni, x blh la nak beraktif bagai kan... klu nak jugak, dia kena amik 2 puff inhaler dia tu... nak dijadikan citer... teacher dia x kasik la plak inhaler tu kat naufal.. n ms ptg me amik naufal kat umah bbsitter, ka mila bgtau naufal semput tghr tu.. blik dr skolah terus flat tido... penat sgt kot.. tp nasib baik kak mila dah kasik naufal ngan inhaler dia tu... ptg tu jugak me bwk naufal pi klinik amik neb.. klu blh nak elakkan dr bwk pi spital.. sebab klu bwk pi spital kompom naufal kena check-in 3 hr 2 mlm kat spital...
ingat kan dah reda lps amik neb, skali tgh mlm tu dia bbuat hal.. merengek2 x bleh tdo.. maybe hidung sumbat n tibe2 jerit mummy.. mummy... dia kata sakit kat dada... me sapu viks n urut2 blakang bdn... the nxt day tu plak.. tgk nafas dia turun naik... kasik 2 + 1 puff... nampak lega skit.. then kasik ubat makan plak... huhuhuhuhuu... sedih tgk dia n ada masa geram jugak... sebabnye asyik nak merengek jer klu x sihat... ptg smlm me tgk dia dah ok skit... ade la mcm penat2 gitu kan.. tp still blh main lg ngan adik hayyan... alhamdulillah... mlm td dlm kol 12++... tibe2 muntah... ms tu x tdo lg.. tgh layan game ngan daddy.... owh anak... so, daddy kema katil n me kemas naufal... salin2 baju n suh dia tdo blik... sambil2 tu me urutkan jugak bdn dia...

pg ni x kasik la naufal pi skolah sumer... dia kata dia nak pi jugak skolah... urmmm... me sian kat dia jer... takut nanti dia penat.. pastu kena asthma lg... mintak2 la nuafal lekas sembuh... semoga ALLAH lindungi naufal dunia akhirat....

Tuesday, January 18, 2011

sakit hati

salam sumer,


 keadaan yg menyakitkan hati bile kuar dr area kipark nak ke opish... ni masih pg lg nih... bayangkan lori besar ni terkangkang kat tgh2 nih... bukan nak ke tepi pun... dok la kat lorong kanan nih... memang sakit hati la....

ni plak lps me dpt potong lori td kat traffic lite... pun sama jugak... lori kontena tu besar x agak2... sedap dia jer dok lorong kanan... mane la jln kat area tu x rosak... keter dpn me ni plak penakut ya hamat... boleh la dia pi ikut montot lori dpn tu... 
nampak tu... kemain lg dia layan corner... hurmmm... hampeh tul... keter td dah selamat dah... klu nak tau, kat area nih keter ke, motor ke, lori ke... memang main suke2 jer nak masuk simpang or nak buat u-turn sesuke hati... agak2 opish ko kat seberang pun ko nak ikut jln tu jugak... siap naik2 divider tu... x kisah la kat corner pun jd... bahaya tau... pastu menyusahkan org lain...

selepas ke kl kami ke ioi

salam sumer,


heheheh... dah ade kat draft so, edit je la mane2 yg patut kan... heheheheh... acara ni lps kami ke kl.. kesian kat budak berdua tu x dpt ikut pi kl, me bw pi jln2 kat ioi... sebenarnya nak beli stoking naufal pun iye gak... sebabnye nak cr kat sogo x tau celah mane nak carik...klu kat ioi tu senang skit sebab ade sox world tu kan... pi jer kat situ, pilih2 then bayor jer... hehhehehhe....


 bwk 2 beradik nih pi main kuda pusing... hehehehhe... tiap kali dtg ioi wajib naik menatang nih.. klu x, si naufal dok tarik2 tangan mummy jer.... itupun dia dah jeling2 kat mekdi sebelah tu.. sebabnya nak main 'taman' mekdi... hehehehheh.... owh... adik yan wat peace...

kemain sengih lagi si naufal nih... adik yan dok layan main kuda pusing... hehehehhhe.... kat ioi, makcik no'oi pau opah belanja mkn kat umah pakcik kenny... heheheheh... mekaseh opah....
 
ini budak halus x nak balik.. seronok sgt main kuda pusing gamaknye... hehehheheh... pdhal sblom ni dia la yg paling penakut skali tgk kuda pusing2 tu.... hehehehh... x per dik, pasni kite pi main sini lg eh....

Monday, January 17, 2011

kami ke kl

salam sumer,

setelah sekian lama x jln2 kat kl.. akhirnya.. selamat jugak sampai kl.. itupun gi ngan mak n no'oi... anak2 post umah kak mila sebab daddy ade class... heheheh.. terase mcm org bujeng saje... hahahah.. alar.. pg kl pun sebab ade misi yg nak disettlekan... so, sebagai anak yg menurut perintah me follow je lar... wakakakakkak...
 dlm lrt... hehehehhe... best.. sebab dah lame jugak x naik lrt.. last naik ms pi men bowling kat ampang... hahhahaha.. dulu2 selalu je naik lrt tau... kirenye, pengangkutan utama la....


 dah sampai tu kami terus ke semua house... mak paling depan.. tgh2 no'oi.. and me paling belakang... langkah keselamatan namanya... ahhahahahahha....

 ini la tujuan utama kami ke kl... hahahah... mcm tempat lain x der kedai emas kan... memang ade tp x same... sebab seblm ni mak dah pi survey bnyk kedai emas dah...

bukan suke2 tau pg kedai emas nih... sumer ni sebab lang.. kakak mak, my untie... dia yg beria2 suh mak pi belikan rantai emas yg sama serba serbi mcm yg mak punye... hurmmm... nak x nak memang kena la kan... tp, dia suh mak dulukan ape2 yg patut... ngehngehngeh... pandai eh dia....
 kami pg kedai emas pak habib... senang.. abes citer... lps tu, bersusunnnnnnnnnnnnnn je la nilai yg nak dibayar... huhuhuhuuhu... nasib baik hrtu ade potongan skit... 

kakak yg sgt baik hati... abes barang kemas kitorg dia tolong cucikan... siap bg tips lagi cara2 nak cuci barang kemas nih... hehhehehe... sebabnye sblm ni kan ade yg kata rendam dlm teh o panas la.. cuci ngan colgate la kan.. tp kan akak tu kata tu sumer salah.. klu rendam dlm teh lg nampak lebam... so caranya adalah... rendam dlm air panas yg menggelegak.. lg lame lg elok sebab nak kasik sumer daki2 kembang... hehehhehe... pastu, cuci ngan pencuci pinggan mangkuk.. ikut suke la.. klu korang gune sunlight pun buleh jer... pastu, cuci ngan air sejuk... pastu keringkan ngan hair dryer... jgn lap ngan towel sebab nanti celah2 tu ade tinggal air... nanti jd lebam plak emas tu... 

ok dah.. selamat mencuci emas....


muke sedih

salam sumer,


muke sedih sebab x cukup titun... heheheeh... dah masuk thn baru nih naufal kerap sgt bgn tgh2 malam... sebabnye, dia semput... tibe2 mcm hidung sumbat then x bleh nak nafas btul2... kesian sgt2 kat dia... tiap kali dia kena attack mcm tu me siap2 kasik gas kat dia... after amik ubat dia tu, insyaALLAH.. alhamdulillah dia blh tdo.. tpi ade bunyi wheezing la.... 

naufal yg amik gambor nih.. suke sgt dia... sebabnye ade butterfly same mcm yg ade kat bj dia tu... owh... ini gambor exercise book dia... hurmmm... bnyk sgt2 bukunye... mcm2 plak tu... nanti me tepek kat blog eh...

naufal n kindy

salam sumer,


last week naufal dah start skolah.. seronok tgk dia pi kindy... heheheh... 1st day tu, alhamdulillah.. mule2 tu ok jer... dok senaman ngan kwn2 sumer... ok lar... x nangis kan... pehtu, bile dah masuk class jer me tgk dia dah cebik2... heheheh.. sebabnye, naufal tgk cousin dia nangis.. pastu, dia pun join skali ar nangis... hahhahaha... me plak, bukannye leh tgk anak nangis... hahahah.. naufal nangis dlm kindy, me nangis luar kindy... heheheh... sedih wooooo... hahahahha... last, naufal ok jugak.. nasib baik dia nangis kejap jer.. yg me x thn tu, naufal nangis siap ckp cenggini ha.. "mummy.... hyecarl sedih ni... pujuk la hyecarl... huhuhhuu... mummy... hyecarl sedih.. pujuk la hyecarl ni.... huhuuu... mummy....."... maunye x sedih kan... huhuhuhuu... nasib ade daddy... dia la dok pujuk naufal... klu me pujuk lg haru la kot... hehehehhe... then, maklong naufal dok temankan cousin dia si farisha tu... so, duduk la naufal ngan farisha... hehehehehhe....

 dlm keter on the way nak pi kindy naufal... sblm tu hntr adik yan dulu g umah mak mila...

 mata sembab... sebab malam sblm tu naufal tdo lambat... kesannye, me hangkut naufal masuk toilet n mandikan dia... sambil tu dia gigil n mata still tutup... hahahahah... lps siap2kan dia pki uniform, dia sambung lelap lg... hehehehehehhe...

 my anak bujang dah pi kindy... weeehuuuuu... tgk la tu... siap peace lg.... barisan paling kanan tu utk 6 yrs... next, 5th yrs.. n naufal nye row for 4th yrs... girl n boy asing... 

tgk la naufal tu... happy jer... owh yer... ms ni dia tgh jerit marvellous2... hehehhehe... naufal nye seluar lain dgn kids lain tau.. sebab dorg sumer dpt seluar yg tak match ngan size pinggang... terlalu kecik... so, opah buatkan seluar baru utk naufal... opa beli kain yg sama kaler but different material... hehheh... thanks opah....
ni kat dlm kindy plak... tgk la naufal tu.. relax jer sambil tgn masuk kocek... heheheh... alhamdulillah... perasan x budak yg kena dukung tu... itu la cousin naufal.. nur farisha alya... heheheh... sian icha.. sebab dia x biasa lg tu... owh ya... yg tukang dukung tu principal kindy nih... teacher afni... mude lg... santekkkkk....



 

Friday, January 14, 2011

asal ado

salam sumer,


tuan rumah sakit gusi.. sebab dah cabut gigi tp tetap sakit mcm gigi tu ade lg kat situ... telinga ngan urat leher belah kiri pun effect skali... x shuke... x leh nak mkn syedap2... pun x shuke jugak... kenikmatan yg ALLAH tarik buat sementara waktu... alhamdulillah....








*bukan benci.. bukan x suke.. tp menyampah konon dia la yg terbahekkkkkkkkkkkkkk....

Tuesday, January 11, 2011

makan free

salam sumer,


saper nak mkn free.. kat umah pakcik kenny plak tu.. so, klu nak kena lar... pakai baju merah menyala... better dtg 2 org la kan.. so, bile order satu nanti percuma satu... yeay... me nak pki bj merah la hr tu nanti.. tp, promo ni valid only 12 Jan 2011 (esok) jer tau.. so, jgn lupe... pakai baju merah or kasut merah or seluar merah.. janji ade merah... lalalalal.. klu rambut merah me x tau la blh ke idok.... lalalalalalal....


Monday, January 10, 2011

kisah hayyan lg...

salam sumer


jom tgk hayyan nye pe'el... hehehheeh... budak mutuk matam yg makin banyak ragam... makin besar makin panjang akal dia...

 sian daddy x leh mkn ngan tenang... anak manje dia dok kacau jer... last2, hayyan kena denda dok dlm trolley blik... elok2 dok kat kusi pi kecahkan meja... 

mengamuk sebab daddy x kasik minum air... hahahahahah... ms ni memang lawak sgt2... punye la hayyan dok tunggu daddy dia kasik air, last2 lansung x dpt... siap wat muke lg mamat sorg ni tau... hahahahha
 
 ms ni tgh tunggu daddy gunting rambut.. kitorg lepak dlm keter jer.. kebetulan plak tgh azan asar.. biase kan klu lps azan ade doa tu kan... tu yg hayyan dok berdoa tu... siap tadah tangan lg.... heheheheheh...

lps azan.. kite berdoa.. lps berdoa.. kite solat la... hahahahah... yg ni plak aksi hayyan tgh solat... si mutuk matam ni memang mcm nih... klu lps azan jer otometik dia solat... satu lg klu bentang sejadah... dia cepat2 dok berdiri kat sejadah tu... siap ngan takbiratul ihram lagi... alhamdulillah... moga2 penuh iman di dada... semoga ALLAH lindungi hayyan n hyecarl dunia akhirat... aminnnnn....


Saturday, January 8, 2011

mari pukul telor

salam sumer,


mlm td kitorg dinner lauk telor dadar jer... hehehehehh... eh x lar... daddy beli ayam goreng kunyit ngan tomyam cendawan... pastu, ade la sup kosong kan utk anak2 katanye pemalas lipas nak buat... then masak nasik... huhuhu... sian plak kat 2 beradik tu nanti kang mkn x der lauk plak.. so, me buatkan telor dadar utk 2 beradik tu...

 heheheheh... suke sgt si naufal mummy dok amik gambor dia pukul telor tu...

 adik hayyan yg x lepas mata dia dok perati abang kacau telor... hahahahah... teringin nak kacau jugak la tu... hahahahahahah

nampak x movement tgn si hayyan tu... percaya x klu me kata dia pi ceup telur tu nak jilat masuk mulut dia... bertuah punya anak... hahahahah... dia geram la tu dok tgk abg pukui telor x sudah... hahahahah...

Friday, January 7, 2011

pg td jam sgt teruk dan sy pun ter-xcdnt

salam sumer

pg td kan me pi jumpe teacher kindy naufal kan... wahhhh...
ms nak pg BK tu x der la jam sgt... 
tp bile me tgk jln nak kuar dr BK tu kemain jammmmmmmmmmmmmm lg
dlm otak dah berkira2 nih nak ikut jln mane plak nanti...
huhuhuhuhuhuuh...
 nampak x.. keter bersusun nak kuar... waktu ni lbih kurang pukul 8.30am...

yg ni plak kat area skolah BK4 B... keter masing2 dah sengguk2 mcm siput... sumer keter tertumpu kat main road nih... sebabnye, senang nak ke bukit jalil n LDP...
 
ms nak blik tu me ikut jln dalam (ikut kwsn perumahan).. shortcut la kononnye tu... hurmmm... hampeh... same gak jam nye... huhuhuhuh... perasan x sorento kat depan tu... hehehheheh... secara x sengaja me terlanggar muntut sorento tu.. dah tu saper suh dia break emergency kan... nasib baik x der ape2... aminnnnnn.... sampai opis td kol 9.30 kot... hehehhe... sebab LDP pun jam jugak... nasib baik kat area puchong perdana dah x jam....

sesal dulu pendapatan..

salam sumer,

tu lah dia.. sebelum buat keputusan tu lbh baik fikir dulu...
fikir masak2.. bila dah jd.. x guna nak menyesal..

anggap jer la dr tu dah buat yg terbaik
insyaALLAH... terbaik utk semua...
then.. jgn fikir lbih2.. nanti wat sakit otak lg susah
jgn harap lebih dgn ape yg dah dikeluarkan
sabar n tawakal...

tiba2 me risau

salam sumer,

pg td me pg skolah naufal jap.. hantar birth cert ngan gambar naufal sebab cikgunye udah sms... urrmmmm... nxt week naufal dah start skolah.. risau sgt2... blh ke dia adapt ngan life mcm tu... maksud me, selama ni kan dia dok umah pengasuh.. skali tibe2 je pg skolah.. pakai uniform... kena bgn pagi2... 
owhhh... risaunya... me takut nanti dia x nak pi skolah...
td, me tgk ramai budak2 kecik kat saner... hrtu, cikgu tu kata x amik budak below 3yrs.. tp... urmmmm... x tau la nak kata ape kan... me cube jugak nak sedapkan hati konon nye naufal boleh belajar sumer tu... lgpun dia dah besar kan... tp masalahnya.. me masih lg risau nih... risau yg amat2 sampai nak nangis... harap2 naufal boleh terima perubahan dalam life dia minggu depan... insyaALLAH...

Thursday, January 6, 2011

anak orang pi kindy.. anak me pun pi kindy jugak

salam sumer,


hah.. hamik.. kemain panjang lg title... lalalalalal.... hr ahad lepas kami anak beranak pi jln2 kat IOI.. pi amik gambor naufal sebab teacher nak buat name tag katenye... layan jer lar... heheheheh.. senang kot klu ade gambor nih kan... pastu, mule la mencari kasut skolah nyer.. daddy yg belikan... kitorg beli bublegummers jer pun.. x yah beli mahal2... kang klu beli mahal2 kang pki kejap jer pun.. sok2, dah nak kena beli lagi.. budak2 kan... pastu, pi carik bag skolah plak kat dlm jusco tu... hui... kemain mhl lg bag2 skolah skang nih... tp x per lar... at least blh pki lame kan... heheheheh... eh.. kasut kat jusco x der size.. so, terpaksa pi Bata GIANT BK5.. nasib baik ade.. itupun amik size 10... uhuhuhuhu... pasni kena beli stoking plak...



 budak 2 beradik ni yg suke sgt main kat taman permainan kat dlm jusco tu... bile nak balik jer mummy daddy jd hulk.. sebab 2-2 meragam meraung x nak balik... hohohohooo... PEACE bro...

 ni kat GIANT BK5... mule2 cube size 7.. owh... x muat... adik hayyan dok perati jer... last2, dia pun amik kasut gak try... hahahahah... amik sndr tu... tp, x beli pun... 

 size 10.. besar.. tp leh pki stoking kan... x per... cube teka daddy amik yg mane satu.. blue or grey...

lps beli shoe... mummy kena pau main 'ferrari' ni ngan naufal... adik hayyan pun dok skali dlm tu.. pdhal single sitters jer pun... bantai la dik... janji adik bahagia.... eh... daddy pi mane plak...???

daddy pu usha mainan utk abang n adik... tp x beli pun... huhuhuhu... sebab, klu dpt kat 2 beradik ni cepat jer jahanamnye... huhuhuhuuu.... 


*arwah abah suke tgk naufal n hayyan pki bj belang2 nih... dia tau baju tu mahal tp dia x kisah... janji cantik n tahan lama... alah membeli menang memakai...

Wednesday, January 5, 2011

me ade 4 BE

salam sumer,




heheheheh... td baru check nuffnang... shuke2.. sebab ade 4 BE... hohohohoo... sikit ke... eh.. x per la.. janji ade kan... sebab sblm2 nih x tau pun ape BE tu.. tp bile dok jln2 kat blog2 lain dok sebuk citer pasal BE ni.. kite pun teruja skali... mane tau, sok2 nuffnang nak tambah BE lg kat blog me nih... alhamdulillah... aminnnnn... hehehheeh.... tenkiu nufnang... muah... muah... wahhh.. motip muah2... hehehheheh....

klu pi penang mesti ade makanan

salam sumer,


jom.. jom.. me nak cepat2 habiskan n3 pasal penang ni.. dah x larat dah.. hahahahah.. cheh... konon mcm ade sgt org nak bc blog me ni kan.. heheheh...

ms kat penang tu kitorg x der pi mane2 pun... sebab jadual padat sgt2... pastu, dok kat BF.. lg la payah nak kuar.. harapkan makan kat depan hotel jer lar... tapi ok jugak lar rase makanan kat area tu... laksa pun blh thn jugak.. x payah susah2 nak mencari sampai ke balik pulau... hahahah... scary plak bile ingat balik pulau nih... then... beli nasi beriani kat area jln gurney... sedap jugak... suggested by ayah faezah elai... heheheh... owh.. thanks uncle n anna sebab guide kitorg thru phone... pening paler dok pusing2 area tu.. even pkai gps pun tetap hampeh... hahahahah....

 pasembor.. sedap... kuah dia pedas2 manis... kena la ngan tekak me... hehehehh...  mkn kat lorong chowrasta...

 cucur udang... mabeles... lorong chowrasta mari... sedap sgt... rangup je bile mkn... me tgk gak cr goreng cucur udang ni.. rase mcm pelik n wahhhhh... hehheheeh... sebab biasenye akan campur taugeh skali ngan tepung kan.. tp yg ni, bile nak masak akan letak tepung then letak taugeh ngan udang then letak tepung balik... tpkan, lapisan tepung tu x tebal tau.. just nice jer... sedapppppppppp...

 yang ni plak sirap kelapa n ade biji selasih jugak... sejukkkkkkkkkk jer tekak nih minum ayaq nyoq sirap nih... hehehehheh... pun kat kedai yg sama... sebab en.fizu pernah mai mkn kat gerai ni dulu... heheheh...

 budak masham yg ske amik gambor... hehehehehh... 
'mummy..mummy... amik ya gambar hyecarl tgh minum ni...'
geram jer tgk dia nih...

 ishhh... terliur plak tgk jeruk bnyk2 n kalerful mcm nih... suke2... kitorg beli kat pasar chowrasta...

adik bj hijau ni bnyk tolong kitorg packed jeruk2 ni sumer... kitorg deal ngan dia jer... sebab dah ramai yg kirim so, terpaksa la beli bnyk2... dan bnyak jugak la jeruk2 yg pack kecik2 tu adik ni letak... free gift katanya... weeehuuuuu... suke sgt2... thanks adik....

naufal pulak

salam sumer,


ini kisah naufal pulak.. abang kepada hayyan... heheheheh.. tpkan, naufal ni ske bhskan diri dia hyecarl... x kisah la.. janji ada nama...


 ni naufal hyecarl... umur baru 3 thn 2 bln... abg yg sgt2 protective and active... hahahahah....

 comel, cute, hensem... insyaALLAH... bakal jd IMAM MUDA (engineer) satu hari nanti... sebab bile tanye abang nak jd ape... then dia jawab.. nak jd IMAM MUDA (engineer)....

 makin pandai.. makin cerdik... lasak... suke menyanyi.. hafal al-fatihah, ayatul kursi... alhamdulillah...

 sumer gambor2 dlm ni dia snap sndr.. pki henpon mummy jer... suke sgt amik gambor.. kekadang tu sampai hang henpon dibuatnya... pening paler.. daddy pun dah x leh nak kate ape dah... sgt2 manja budak nih... huhuhuhu....

 yg ni daddy amikkan... x tau bila masa 2 beranak ni buat keje... heheheh.. eh, adik hayyan ade kat blakang la.. ermm... skang ni naufal x baper sihat... adik pun sama.. semput naufal dtg balik.. x tau sebab ape... maybe habuk kot... sedih sgt tgk dia x dpt tidur lena... klu penat skit jer pun dah semput... mummy dokan abg cepat sembuh yer sayang... nxt week dah nak pi school...

 semoga naufal hyecarl menjadi anak yg berjaya dunia akhirat...


Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker